Korea Utara pertahan ujian peluru berpandu

 

Korea Utara mempertahankan ujian peluru berpandu yang dilancarkan pada Selasa.

Republik itu bertegas, ia mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan mendakwa Amerika Syarikat sengaja menambah ketegangan dengan mengenakan sekatan ke atas mereka.

Pyongyang mendakwa senjata hypersonik yang diuji akan meningkatkan kedudukan strategik ketenteraannya.

Republik itu juga beri amaran akan bertindak sekiranya Amerika Syarikat terus melaksanakan konfrontasi.



Kenyataan ini dibuat sehari selepas Amerika Syarikat umum kenakan sekatan ke atas enam warga Korea Utara, seorang warga Rusia dan satu firma Rusia.

Washington mendakwa kumpulan ini bertanggungjawab dalam pemerolehan bahan-bahan dari Rusia dan China untuk program senjata Pyongyang.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button