Tiga penjawat awam antara 5 dicekup kes rasuah projek

Oleh – Syeikh Baran


Tiga penjawat awam antara 5 dicekup kes rasuah projek
Empat lelaki dan seorang wanita ditahan SPRM manakala tiga penjawat awam antara lima individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM2.3 juta melibatkan perolehan projek-projek kerajaan Perak. – Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Tiga penjawat awam merupakan antara lima individu yang ditahan berhubung kes rasuah bernilai lebih RM2.3 juta melibatkan perolehan projek-projek kerajaan negeri Perak.

Mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia 34 hingga 47 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman.



Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus membenarkan permohonan SPRM menahan reman kelima-lima suspek selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat depan.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 10.22 pagi dengan berpakaian lokap SPRM dan dibawa keluar pada pukul 11.39 pagi.

Difahamkan, tiga penjawat awam dan dua orang kontraktor itu ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti rasuah iaitu memberi dan menerima wang suapan melibatkan perolehan bagi kerja-kerja kontrak bernilai kira-kira RM2.3 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading