Sebar maklumat palsu, Rain ambil bertindak
Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Rain, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenainya.
Agensi pengurusannya, Sublime Artist Agency (SAA) menyatakan mereka telah membuat semakan berkaitan maklumat dan khabar angin yang disifatkan sebagai cubaan memfitnah, menyerangnya secara peribadi dan berniat jahat.
“Kami telah menyemak beberapa kiriman dan komen yang menyebarkan maklumat palsu, memfitnah artis kami, menyerangnya secara peribadi dan menyebarkan khabar angin yang tidak sahih.
“Ada YouTuber yang membuat berita palsu demi mendapatkan tontonan, dan mereka menjadi punca berita palsu tersebar dengan meluas.
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang. Tidak ada tolak ansur atau kerjasama,” kata SAA dalam satu kenyataan.
April tahun lalu, sebuah video yang menggelarkan Rain ‘kedekut’ tersebar dan mendakwa Rain “tidak akan belanja makan rakan-rakan artis baharu dalam industri biarpun mempunyai aset lebih 80 juta KRW”.
Pada 13 Januari, seorang bekas wartawan hiburan memuat naik sebuah video di YouTube dan mengesahkan telah mendapatkan kepastian mengenai dakwaan tersebut.
“Mereka yang bekerja dengan Rain rata-ratanya beranggapan dia seorang kedekut pada awalnya, namun ia tidak benar kerana dia sering memberi hadiah dan makanan kepada mereka.
Mungkin ada sebab lain mengapa orang salah faham tentangnya,” kata wartawan itu.
Agensi