Pengalaman hitam buat Mawar Rashid

 

 

Disahkan positif Covid-19 pada Julai tahun lalu adalah pengalaman hitam buat pelakon, Mawar Rashid.

Mawar berkata, dia hilang selera makan sehingga badannya lemah selain hilang fokus. Ia juga mengakibatkan berat badannya turun secara mendadak dan kini kelihatan agak kurus.

“Pengalaman dijangkiti Covid-19 adalah satu mimpi ngeri yang tak mungkin saya boleh lupakan. Saya berdepan kesakitan yang teruk sehingga berat badan saya turun mendadak.

“Ketika itu saya hilang selera makan sehingga badan saya jadi lemah dan mudah penat. Malah, selepas disahkan bebas virus itu saya mengambil masa hampir sebulan untuk sembuh dan kembali bertenaga,” katanya.

Menurut Mawar, dia sebenarnya berazam untuk menurunkan berat badan sebelum ini, namun perkara itu amat sukar dilakukan.

“Sebelum disahkan positif Covid-19 saya memang sudah pasang niat nak turunkan berat badan tapi tak sangka berat badan saya turun disebabkan virus berbahaya itu.

“Saya turun sebanyak enam kilogram. Jadi, sekarang saya hanya menjaga pemakanan supaya berat badan tak naik lagi. Saya pun nak kembali aktif berlakon tapi belum ada tawaran yang sesuai untuk dijayakan,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button