Wanita malu lamaran ditolak semasa siaran langsung

Oleh – Syeikh Baran


Wanita malu lamaran ditolak semasa siaran langsung
DUA juruhebah radio terkejut dengan lamaran seorang pendengar wanita yang kemudian ditolek di sebuah stesen radio di Melbourne semalam. – Foto Fifi, Fex & Nick

Seorang wanita berdepan situasi  memalukan apabila lamarannya ditolak teman lelaki semasa siaran langsung rancangan radio di Australia, lapor portal berita New York Post semalam.

Dalam rancangan bual bicara pagi paling popular di Melbourne, seorang pendengar wanita dikenali sebagai Carly dengan berani melamar teman lelakinya selama lima tahun, Brad melalui panggilan telefon.



Lamaran itu dibuat semasa rancangan Fifi, Fev & Nick yang bersiaran secara langsung di Melbourne.

Ia merupakan tradisi Ireland yang mana wanita dibenarkan melamar lelaki pada tanggal  29 Februari.

Bagaimanapun, apabila teman lelakinya mendengar lamaran itu, dia terus menolaknya.

“Sudikah awak berkahwin dengan saya?” lamar Carly.



Selepas berhenti seketika, Brad terus menolaknya.

“Jelas sekali, awak bergurau.

“Saya tidak mahu kelihatan seperti saya tidak bersyukur atau apa-apa. Awak tahu saya sayangkan awak. Entahlah, saya rasa agak terkejut sekarang,” kata Brad sebelum panggilan itu ditamatkan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! OLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading