Lintah melekat dalam kerongkong lelaki

 

Oleh – Syeikh Baran


Lintah melekat dalam kerongkong lelaki
SEEKOR lintah berjaya dikeluarkan dari kerongkong seorang lelaki di sebuah hospital baru-baru ini. – Foto Hospital Kebangsaan Endokrinologi

Seorang lelaki di Hanoi menemui seekor lintah hidup sepanjang 6 sentimeter melekat pada kerongkongnya, lapor portal berita VNExpress semalam.



Penemuan itu berlaku  sebulan selepas dia mengambil segenggam rumput dan mengunyah rumput berkenaan untuk merawat luka pada tangannya.

Tangan lelaki berusia 53 tahun itu luka semasa dia mengendalikan perangkap tikus

Baru-baru ini, dia berasa sakit pada kerongkong  dan merasakan ada objek bergerak-gerak di dalamnya.

Apabila lelaki itu meletakkan cermin pada mulutnya, dia melihat ada objek hitam di dalam tekaknya.



Dia kemudian pergi  ke Hospital Kebangsaan Endokrinologi untuk menjalani  pemeriksaan selepas batuk berdarah .

Doktor menemui objek asing melekat berhampiran trakea lelaki itu.

Selepas  dibius, doktor bertindak mengeluarkan lintah hidup dari dalam kerongkong pesakit. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading