Resepi sambal tumis udang petai

Resipi sambal udang petai… ok saya kongsikan yer.. jom panjangkan lagi kongsian ini.

Bahan-bahan –

-Sotong@udang
-petai
-serai 3 btang diracik
-halia seinci
-bawang besar 2 labu
-bawang putih 5 ulas
-cili kering kisar 2 senduk
-sos cili 3 sudu
-sos tomato 3 sudu
-nisan@gula melaka 1 keping
– asam keping
-gula garam dan aji



Cara2

1- panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia, serai sehingga agak kekuningan…
2-masukkan cili kering kisar dan asam keping dan kacau sehingga sebati..
3- masukkan sos cili dan tomato serta gula melaka..
4-masukkan petai..
5- dikuali yg lain panskan kuali dan masukkan udang untuk keringkan air agar smbal kita tidak berair.. tanpa minyak tau…
6-masukkan udang dalam sambal tadi… dan perasakan dengan gula ajinomoto dan garam.. sambal kasi manis2 sikiy bru kick…..
Itu sahaja perkongsian saya.. saya halalkan dan berikan keizinan untuk sahabt semua berkongsi dgn org lain juga..selamat mencuba.

Kredit – Yayar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button