PPBM Johor umpama ‘anak ayam hilang mak’

 

Kecelaruan dalaman yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM terus menghantui ramai ahli parti tersebut.



Umpama ‘anak ayam hilang mak’, PPBM Johor mula tertanya mengapa Tan Sri Muhyiddin tidak mahu pertahan kerusi di Dun Gambir.

Walaupun nampak ‘gagah’, krisis kepimpinan mulai melanda sebahagian besar penyokong serta Ketua-Ketua Bahagian PPBM Johor.

Pemilihan calon serta kedudukan kerusi yang akan ditandingi mula menimbulkan masalah kepada bakal calon PPBM sendiri. Mereka perlu berkongsi dan berbahagi kerusi dengan PAS dan Gerakan. 

 

PARTI BANGSA MALAYSIA AKAN JADI KOMPONEN PERIKATAN NASIONAL?

Sekiranya Parti Bangsa Malaysia menyertai Perikatan Nasional, maka pembahagian kerusi akan lebih merumitkan keadaan bakal calon PPBM.



Ada disebut-sebut, tindakan Muhyiddin yang tidak mempertahankan Gambir hanyalah untuk menjaga ‘air muka’ beliau selaku Presiden. Mengetahui pengundi Gambir sudah tidak memihak kepada Muhyiddin, tindakan segera perlu dilakukan bagi menjaga maruahnya.

Tindakan tersebut meninggalkan persoalan besar terhadap penyokong PPBM. Sebagai seorang ‘kepala perang’, meninggalkan ‘tentera’ tanpa beliau mengetuai ketumbukan serangan maka strategi tidak akan berkesan malah semangat ‘tentera’ akan luntur.

Inilah dilemma yang dihadapi bakal calon PPBM Johor. Tanpa Muhyiddin mereka merasakan parti tidak menghargai segala pengorbanan mereka selama ini. Apa yang difokuskan hanyalah maruah Presiden dan dalam masa sama menggadai maruah bakal calon PPBM.

PELUANG PH ‘BALAS DENDAM’ PENGKHIANATAN PPBM



 

Peluang Perikatan Nasional dan PPBM dalam PRN Johor agak suram memandangkan Pakatan Harapan telah menyusun strategi untuk mengalahkan PN secara total.

Bagi PH, inilah masanya mereka membalas PENGKHIANATAN PPBM yang telah menyebabkan runtuhnya kerajaan PH selepas 22 bulan memerintah.

Menelusuri kerusi DUN di Johor serta peluang kemenangan PPBM sekiranya bertanding 4 penjuru, amat malang buat PPBM mereka akan ‘dimandikan’ penyokong sendiri.



Ini kerana perpecahan undi sudah pasti berlaku dan kini PPBM sudah tidak ada lagi sokongan dari pengundi PKR, AMANAH serat DAP yang pernah membantu mereka pada PRU14 lepas.

Dengan kehadiran MUDA sebagai pencabar di kawasan bandar, apa lagi yang diharapkan PPBM dan Perikatan Nasional selain kekalahan?

Bayangkan, Presiden PPBM sendiri tidak berani bertanding di PRN Johor kerana tahu akan kalah, apa peluang yang ada pada bakal calon PPBM sendiri?

PRN Johor ; PKR pilih gerak solo?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button