Hujan dijangka berterusan hingga 14 Februari

foto hiasan

 

Luruan angin timuran dijangka berterusan sehingga 14 Februari menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri Pantai Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan, menerusi halaman rasmi memaklumkan, amaran hujan berterusan (waspada) juga dikeluarkan bagi Selatan Pahang dan Timur Johor berkuat kuasa sehingga 10 Februari 2022.



Ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Pada masa sama, cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir juga dijangka di negeri Pantai Barat Semenanjung, Barat dan tengah Sarawak serta Barat Sabah pada sebelah petang hingga awal malam, ” kata MetMalaysia.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button