Jumpa mayat reput, berbau ketika menjala

Oleh – Syeikh Baran


Jumpa mayat reput, berbau ketika menjala
Polis membawa mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, tengah hari tadi.

Niat seorang warga emas untuk menjala ikan terbantut apabila terlihat mayat lelaki terapung di Sungai Linggi, berhampiran Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mayat yang belum diketahui identiti itu ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari.



“Saksi nampak biawak atas mayat itu lalu buat laporan polis. Pihak polis dapati mayat berkenaan sudah mereput serta berbau dan dipercayai sudah meninggal dunia tiga hingga empat hari lalu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ujar Mohamad Hatta, terdapat lukisan tatu di kedua-dua belah tangan si mati serta memakai seluar jeans ketika ditemui.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading