‘Spiderman’, ‘Spiderwoman’ dicekup polis

Oleh – Syeikh Baran


‘Spiderman’, ‘Spiderwoman’ dicekup polis
SATU pasangan ditangkap polis setelah didakwa melakukan kesalahan jalan raya di Najafgarh. – Foto Instagram/indianspidey_official

Satu pasangan muda yang memakai kostum watak Spiderman dan Spiderwoman di New Delhi ditangkap polis selepas mereka dirakam menunjukkan pelbagai aksi berbahaya ketika menunggang motosikal, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.

Aditya, 20, dan Anjali, 19, melakukan aksi berbahaya itu di Najafgarh, barat daya Delhi.



Satu rakaman video tular di Instagram menunjukkan mereka yang memakai kostum itu menaiki sebuah motosikal tetapi tidak memakai topi keledar.

Mereka juga kelihatan mendepakan tangan ketika motosikal sedang bergerak.

Berikutan itu, pasangan tersebut menghadapi tuduhan termasuk menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu, lapor agensi berita IANS.

Menurut agensi tersebut, motosikal yang digunakan itu juga tidak memiliki nombor pendaftaran. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button