Dua tertimbus tanah runtuh di Banjaran Hot Spring

IPOH: Dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah villa di Banjaran Hot Spring, Tambun dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang terperangkap, Lee Tze Jun 32 dan Ooi Chee Wei 39.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata mereka menerima panggilan pada jam 1.28 pagi dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.



“Berlaku kejadian tanah runtuh di lokasi yang menimpa sebuah villa, dipercayai terdapat dua mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Katanya, pasukan bomba menggerakkan pasukan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa dan usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

“Pihak pusat gerakan operasi akan memberi maklumat terkini dan mutakhir dari masa ke semasa,” katanya.

BH Harian



CAMPURTANGAN DALAM SILTERRA, SIAPA MAIN WAYANG?

CAMPURTANGAN DALAM SILTERRA, SIAPA MAIN WAYANG?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading