Sajat minta RM2 juta kalau mahu dia balik Malaysia
Meskipun usahawan sensasi kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat tenang meneruskan kehidupan barunya di Australia, namun netizen tetap mengikuti perkembangannya di sana.
Baru-baru ini tular video Sajat memberitahu ada netizen memintanya untuk balik ke Malaysia. Katanya, dia hanya akan pulang jika ada yang sanggup memberinya sebanyak RM2 juta.
Menurut Sajat, untuk apa lagi dia pulang ke tanah air kerana kehidupannya di Malaysia sudah hancur serta bertanyakan kembali kepada netizen untuk apa dia balik.
“I balik Malaysia apa I dapat? Cuba cakap dengan I. Kalau RM2 juta you bagi I baliklah. I dah hancur segala-galanya dekat Malaysia tu. RM2 juta bawak mai baru I balik,” katanya.
Kata Sajat lagi, jika di Malaysia dia tidak boleh memakai pakaian yang dinginkannya kerana jika terjadi bencana alam pasti ramai pihak akan meletakkan kesalahan padanya.
“Dekat sini I macam-macam dapat. Kalau I balik Malaysia, I tak boleh pakai baju macam ni yang terbelah-belah longkang bawah longkang atas sebab kalau I pakai nanti segala bencana alam dekat Malaysia semuanya daripada I.
“Baiklah PU, ustaz, ustazah, menteri agama semualah, bila Sajat pakai macam ni kita ni dah bersubahat dengan orang berdosa, tengok sekarang Tuhan marah,” katanya.
Dalam pada itu, Sajat berkata dia tidak mahu dipersalahkan lagi dengan bencana atau musibah melanda Malaysia. Katanya lagi, meskipun dia tiada bencana banjir tetap berlaku.
“Aku tak nak jadi mangsa benda macam tu semua. Kalau aku nak buat benda tak elok biar dekat sini je. Korang biarlah dekat sana. Ni aku tak ada pun ribut taufan pun ada, banjir sana sini, tak nak pulak korang cakap macam tu,” katanya.
Rotikaya