Aaron Chia kena ‘body shaming’, diejek jelek gendut oleh penyokong Indonesia
Foto: (AP Photo/Dita Alangkara)
Rata-rata netizen mengecam perlakuan seorang penyokong Indonesia yang telah mengeluarkan kata-kata kurang enak kepada pemain beregu negara, Aaron Chia.
Menerusi video yang kini tular, seorang wanita dipercayai memanggil Aaron dengan gelaran ‘jelek gendut’ sekali gus membangkitkan perasaan marah di kalangan netizen Malaysia.
Menyifatkan wanita tersebut tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi, bukan sahaja penyokong Malaysia yang mengkritik sebaliknya peminat badminton Indonesia turut mengecam perbuatan peminat berkenaan.
Aaron chia arriving at final men’s team #BATC2022 pic.twitter.com/9SJ28mkWzK
— hweng19 LLB (Hons) LLM (@hweng19) February 20, 2022
“Sampai hati cakap macam tu. Sakit hati sangat agaknya dengan Aaron. Body shaming betul… dengan tone suara dia. Kita dengar pun panas. Haishh.
“Siapa yang cakap gitu? Rude sangat.
“Jangan bikin malu Indonesia, mulutnya ga bisa dijaga banget. Minta maaf untuk teman-teman Malaysia, semoga kejadian ini ga terjadi lagi,” tulis netizen.
Skuad lelaki negara menamatkan dominasi Indonesia apabila merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 pada Ahad.
Kejayaan itu hadir selepas Malaysia menundukkan musuh tradisi itu 3-0 dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City.
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama pasukan selepas menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo 14-21, 21-12, 21-10.
Rentak kecemerlangan Zii Jia diteruskan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin apabila menang 17-21, 21-13, 21-18 untuk menyumbang mata kedua.