Aina Abdul Masih Cari Baju Sesuai Untuk AJL36, Kalau Boleh Tak Nak Jadi ‘Parodi’

Umum mengetahui, penyanyi, Aina Abdul bakal mempertaruhkan lagu ‘Sepi’ dan lagu duet ‘Nafas Cinta’ bersama Khai Bahar untuk Anugerah Juara Lagu ke-36, 6 Mac ini. Menurut Aina, dia dan Khai Bahar sudah tidak sabar untuk membuat persembahan di pentas berprestij tersebut.

Menerusi sidang media semalam, Aina memberitahu bahawa dia masih melakukan persiapan dari segi susunan lagu, busana, pencahayaan bagi memastikan penceritaan kedua-dua buah lagu tersebut sampai ke jiwa pendengar yang menonton AJL36 nanti.

Ujar Aina, lagu ‘Sepi’ berkisahkan tentang semangatnya untuk berjuang dalam industri seni. Manakala, lagu ‘Nafas Cinta’ lebih kepada perasaan cinta dan ‘sweet’.



“Kalau boleh saya nak dua persembahan nanti datang dengan pakej yang lengkap dan dipersembahkan dengan sehabis baik. Saya pun dah tak sabar nak buat persembahan solo dan duet bersama Khai,” katanya.

Berbicara mengenai busana yang digayakan sering mendapat perhatian, Aina kisah sekiranya perkara tersebut masih menjadi bualan. Cuma, dia berharap busana yang akan dikenakan nanti tidak akan menjadi parodi yang buruk.

“Tak kisah apa orang nak kata, cuma Aina tak nak la jadi parodi in a bad way. Kalau in a good way okay,” ujarnya lagi.

 



Ohbulan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button