Tomok reda positif covid-19

 

Biarpun cukup berjaga-jaga, penyanyi, Tomok, reda akhirnya dijangkiti virus COVID-19. Namun, Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 37, lega isteri dan anak-anak tidak dijangkiti virus berkenaan.

“Sebelum ini, saya mengelak dan minta dijauhkan penyakit ini. Selepas solat, kami sekeluarga akan berdoa agar jauhkan kami daripada COVID-19.

“Memang sepanjang masa, kami berjaga-jaga. Namun, perkara sudah terjadi. Saya terima ujian ini dan melakukan kuarantin agar tidak merebak kepada orang lain.

Kelmarin, Tomok, isteri, Rahayu Abas dan tiga anak mereka melakukan ujian kendiri COVID-19. Hasil pemeriksaan mendapati hanya Tomok positif Covid-19.



Tomok terdetik melakukan ujian saringan COVID-19 selepas gatal-gatal tekak dan badan kurang sedap.

“Alhamdulillah, isteri dan anak-anak semua okay. Sebaik tahu saya positif COVID-19, saya asingkan diri dalam bilik. Sekarang saya sudah bertambah baik selepas mengambil ubat.

“Malam kelmarin, saya demam dan sakit sendi sampai tak boleh tidur. COVID-19 ini memang sakit penangannya.

“Nasib baik saya sudah ambil suntikan penggalak. Orang cakap siapa yang sudah ambil ‘booster’, simptom tidak teruk sangat… Alhamdulillah,” katanya.

Bertanya mengenai punca jangkitan, Tomok kurang pasti kerana terikat dengan penggambaran drama Tumpang Lalu Bang.

“Saya sedang ‘shooting’ dan keluar jumpa kawan-kawan. Jadi, tidak boleh hendak agak di mana saya dapat jangkitan ini.

“Namun, kerja ‘shooting’ terpaksa direhatkan. Mujur saya tiada ‘show’ sekarang,” katanya yang berkongsi perkhabaran dirinya positif COVID-19 melalui entri di Istagram (IG).



BHonline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button