Resepi Nasi ganja ayam berempah
Bahan
2 cawan beras
Air secukupnya untuk menanak nasi ~ sukatan air mengikut beras yang di gunakan, jika beras basmathi lebihkan sedikit air
sedikit pewarna kuning
2 sudu besar sos cili
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak sapi
sedikit minyak masak
1 helai daun pandan ~disimpul
Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 sudu besar rempah sup
2 ulas bawang putih ~di mayang
4 ulas bawang merah ~di mayang
Cara-cara
1. Dalam periuk nasi, panaskan minyak sapi dan minyak masak
Kemudian tumiskan bahan tumis dan bahan yang di mayang hingga harum.
2. Masukkan air dan daun pandan. Biarkan mendidih
3. Bila air dah didih masukkan beras sedikit pewarna kuning, secubit garam dan sos cili
4. Tutup periuk dan tanak nasi seperti biasa
5. Nasi ganja boleh di hidang bersama ayam goreng berempah.
AYAM GORENG BEREMPAH
1 ekor ayam potong 12
2 sk serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sk serbuk ketumbar
1 sk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari ~dimayang
Bahan kisar
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
air – untuk kisar
Kisar semua bahan hingga halus.
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkok dan perapkan ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap.
2. Goreng dengan api kuat – sederhana – perlahan kena adjust api supaya isi ayam di dalam dapat masak dengan sekata. Kalau tak control api nanti rempah atas ayam hangus pula
(Jika ada oven atau microwave, bolehlah di ‘cook’ dahulu isi ayam tu selama 12 – 15 minit. Bila dah ‘cook’..keluarkan, kemudian dimasukkan dalam adunan rempah tadi dan perapkan.
Bila buat macam ni, baru isi ayam betul-betul masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dalam kuali
KUAH KARI MAMAK
Bahan
2 bungkus rempah kari ayam
1 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sb serbuk cili
1/2 cawan air
(rempah kari ayam, rempah kari ikan dan serbuk cili dicampur dan digaul dengan air)
Bahan untuk menumis
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 kiub ayam
garam dan gula
2 sb air asam jawa – bergantung kepada rasa masam yang dikehendaki
4 cawan air
3/4 cawan minyak
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk. Bila dah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Biar kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi.
4. Kacau sehingga pecah minyak. Tambahkan air.
Biar mendidih 2 kali. Masukkan kiub ayam, garam, gula dan air asam jawa.
Biar mendidih berkali-kali hingga kuah jadi pekat sedikit dan jadi sedap.
Kuah mamak ni hanya buat bila kita buat ayam goreng tetapi jika dah buat kari ayam, tak perlu buat kuah ni lagi.