Lim Kit Siang tidak akan turun kempen di Johor

 

Veteran politik DAP, Lim Kit Siang dipercayai tidak akan turun berkempen di PRN Johor kali ini. Ini bagi mengelakkan dirinya dipersendakan mengenai manifesto Pakatan Harapan pada Pru14.



Kit Siang juga dikatakan bimbang beliau akan dijadikan sebagai sebab besar penolakan pengundi Tiong Hua terhadap DAP sendiri selepas memberi jaminan keadaan akan menjadi lebih baik di bawah Mahathir.

Jelas sekali apabila dasar yang dibuat Lim Guan Eng semasa menjadi Menteri Kewangan tidak memberi kesan besar terhadap perkembangan ekonomi keseluruhannya.

 



Ini yang menggusarkan Kit Siang jika berdepan dengan pengundi DAP di Johor. Fakta apa yang Kit Siang mampu bawa untuk nafikan fakta ekonomii Johor sebelum diambil alih PH pada 2018?

Mereka mahu ekonomi yang bagus tetapi DAP tidak berjaya memberi hasil seperti diharapkan kerana pertindihan kuasa berlaku dipelbagai peringkat kuasa memandangkan PH bukan sebuah kerajaan yang stabil bagi membuat dasar yang kuat.

PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN JUGA ADA KLUSTER MAHKAMAH

Lebih menakutkan Kit Siang ialah pertanyaan mengenai kes Lim Guan Eng di Mahkamah.

Bagaimana Kit Siang mahu menjawap kepada pengundi mengenai dakwaan seorang saksi yang telah memberi keterangan bahawa Guan Eng memang ada meminta sebanyak 10% komisen dari projek di Pulau Pinang.



Memalukan sebagai sebuah parti yang mendakwa mereka bersih telah melanggar ikrar sendiri. Pemimpin parti itu sendiri meminta rasuah!

KEGAGALAN MANIFESTO PH PRU14 MIMPI NGERI

Bagi pengundi PH pada PRU14, kegagalan manifesto yang dibentangkan pemimpin mereka kini menjadi antara mimpi ngeri yang sukar dijelaskan.

Bagaimana PH kali ini mahu bergerak dalam kempen apabila PKR memutuskan menggunakan lambang mereka sendiri dan tidak menggunakan lambang PH bagi mewakili Pakatan Harapan.

Jelas sekali peranan Kit Siang sebagai veteran politik sudah semakin tidak dihargai dan akan dilupakan generasi baru politik PH. Jadi apa guna LKS turun berkempen jika hanya untuk menjadi ‘punching bag’?



Dengan penyertaan MUDA sebagai rakan alternatif kepada DAP & PH, pergerakan PKR yang semakin menjauhi rakan lain dalam PH mula diragui.

MUDA pula tidak mampu memberi sumbangan besar pada perubahan undi seperti diharapkan DAP dan mereka perlu mencari rakan sekutu yang jauh lebih baik. 

Namun demikian masih tiada parti yang bersesuaian untuk dijadikan sekutu kuat DAP dan ini agak memeningkan DAP.

Solihan tanding di Gambir selamatkan maruah Abah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button