Muhyiddin ‘Podah’ tidak berani berdepan Bossku di Pagoh

Kelibat Muhyiddin Yassin tidak kelihatan bagi mengiringi calon PN semasa proses penamaan calon di IKBTN Pagoh pagi ini.

Sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden PPBM, Muhyiddin sepatutnya bersama calon PN di kawasannya sendiri namun beliau tidak dapat dikesan.

Dipercayai Muhyiddin enggan bertembung dengan rombongan calon BN yang diketuai Dato Sri Najib Razak ke penamaan calon di Dewan Karisma IKBTN Pagoh pagi ini.



Membaca profilik politik bermula dengan penamaan calon, dipercayai Muhyiddin memang mengelak dari bertembung dengan Najib selepas beliau banyak membuat kenyataan membidas Najib dan Zahid dalam ceramah politiknya.

Muhyiddin yang tidak mempertahankan kerusi DUN Gambir juga sebenarnya sudah kehilangan punca apabila mula mengkritik Perdana Menteri, Ismail Sabri baru-baru ini.

Perikatan Nasional yang masih trauma dengan kekalahan memalukan di PRN Melaka apabila hanya mampu menang 2 kerusi dari semua kerusi yang ditandingi PN.



Muhyiddin mula serang Ismail isu i-Citra

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button