Machap bukan tempat asing – Onn Hafiz

Simpang Renggam – “Machap bukanlah tempat asing bagi saya,”Kata Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurut beliau, sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Simpang Renggam, program bertemu masyarakat dikawasan ini sudah pun dilakukan sejak menjawat jawatan berkenaan kira-kira 4 tahun lalu.

Katanya, bukan hanya menemui pemimpin cawangan namun juga masyarakat setempat antara aktiviti yang sering dilakukan walaupun bertugas sebagai wakil rakyat di Layang-Layang.



“Secara hakikatnya saya sedih meninggalkan DUN Layang-Layang namun ianya diterima dengan hati yang terbuka kerana ianya keputusan pucuk pemimpin tertinggi negeri dan pusat untuk membolehkan BN menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac nanti insyaAllah

“Bagaimana pun, apa yang saya lakukan di Layang-Layang sebelum ini akan cuba dilaksanakan di Machap sepanjang tempoh pentadbiran sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat nanti,” katanya.

Onn Hafiz amat berharap rakyat di Machap memberikan peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat dikawasan ini agar hasrat dan perangan untuk meneruskan pembangunan yang sudah dilaksanakan oleh kepimpinan sebelum ini.



“Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang namun akan melakukan perancangan pembangunan secara berperingkat dari semasa ke semasa mengikuti keperluan yang difikirkan boleh membawa manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya. – My-tv online


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading