Ibu tidak sengaja letak bayi sebulan dalam ketuhar

Oleh – Syeikh Baran


Ibu tidak sengaja letak bayi sebulan dalam ketuhar
POLIS bergegas ke lokasi kejadian, di mana seorang ibu disyaki membunuh anaknya di daerah Jackson, Jumaat lalu. – Foto KSHB

Seorang wanita di Bandar Kansas, Missouri didakwa membunuh bayinya yang berusia sebulan dengan meletakkan mangsa di dalam ketuhar, demikian menurut dokumen mahkamah yang difailkan di daerah Jackson.

Laman berita NBC News melaporkan, suspek ditangkap dan didakwa atas tuduhan melakukan jenayah yang membahayakan kanak-kanak.

Jumaat lalu, anggota dari Jabatan Polis Bandar Kansas dikerahkan ke rumah suspek selepas menerima laporan mengenai bayi yang tidak bernafas.



“Anggota polis mendapati terdapat kesan luka melecur pada badan mangsa,” kata seorang detektif dalam kenyataannya berhubung kebarangkalian punca kematian mangsa.

“Pihak bomba di Bandar Kansas bertindak balas sebelum mengisytiharkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” tambahnya lagi.

Menurut dokumen mengenai kejadian itu, ibu tersebut dipercayai mahu menidurkan bayinya, namun secara tidak sengaja meletakkan mangsa di dalam ketuhar dan bukannya katil bayi.

Jika didapati bersalah, suspek berdepan hukuman penjara selama 10 tahun. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading