Salahuddin Ayub bakal kalah di Simpang Jeram

 

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub dijangkakan akan kalah besar di Dun Simpang Jeram pada PRN Johor kali ini.



Tinjauan yang dibuat terhadap pengundi Simpang Jeram mendapati nama Salahudiin Ayub tidak popular memandangkan beliau tidak berkhidmat dengan baik di Dun yang diwakilinya.

 

 



Rata-rata pengundi menyatakan Salahuddin sering tidak berada di kawasan apabila diperlukan mereka. Hanya selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan barulah kelibatnya muncul sesekali untuk mengingatkan rakyat beliau masih wujud.

Beliau akan bersaing dengan 3 lagi calon bagi merebut kerusi Simpang Jeram. Bagaimanapun dari sudut populariti, Salahuddin Ayub bukan lagi pilihan utama pengundi disitu.

Kegagalan 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan banyak mempengaruhi pengundi selepas mereka menilai semula janji-janji PH yang tidak ditepati. Malah ketika PH memerintah Johor juga, Simpang Jeram tidak menerima manfaat dari mereka.

 



Sebaik negara dilanda pandemik covid, kepercayaan terhadap Pakatan Harapan semakin meluntur apabila pengundi merasakan mereka tidak dipedulikan wakil rakyat.

Ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, pengundi terus berharap ‘buah yang tidak gugur’ bila berurusan dengan PH.

Menjelang 12 Mac 2022, ramai pengundi Simpang Jeram bertekad akan memilih calon terbaik bagi mewakili mereka dan bakal wakil rakyat akan dipastikan berkhidmat kepada pengundi Simpang Jeram.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button