‘Jangan terlalu takut’ – Ustaz Elyas tegur netizen taksub, siap mimpi jumpa Tangmo

Kisah kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida yang menjadi perhatian netizen Malaysia sejak akhir bulan Februari sememangnya mendapat liputan meluas.

Ada juga netizen Malaysia yang kadang kala bertindak menjadi ‘penyiasat’ yang sama-sama membongkar kes kematian selebriti itu lewat media sosial.

Pada Jumaat hingga Ahad ini, upacara memperingati Tangmo diadakan dan ahli keluarga serta kenalan rapat hadir memberikan penghormatan terakhir buat aktres berusia 38 tahun itu.



Menjengah ke media sosial, ada sesetengah daripada netizen beragama Islam yang memberikan ucapan rest in peace kepada mendiang.

Susulan daripada itu pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail telah memberikan sedikit pesanan kepada masyarakat Islam supaya tidak mengucapkan rest in peace atau R.I.P kepada mendiang kerana ia seperti satu doa.

Menurutnya, umat Islam tidak boleh mendoakan roh jenazah bukan beragama Islam tetapi cukup sekadar berasa dukacita dan simpati kepada keluarga mendiang di atas pemergian ahli keluarga.

“Bagi saya, jika kematian melibatkan orang bukan Islam, seminat mana kita suka lakonan dan sayang dia, sama sekali kita tak boleh ucapkan RIP.



“RIP itu macam doa, kita orang Islam tak boleh. Sekadar bersimpati, berdukacita atas apa yang berlaku, itu boleh. Moga kita dapat manfaat dan belajar sesuatu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ustaz Elyas memberikan teguran kepada sesetengah pihak yang taksub dengan kisah kematian Tangmo ini sehingga ada yang mendakwa bermimpi bertemu dengan selebriti itu dan berasa takut dengan hal tersebut.

Beliau menjelaskan yang umat Islam tidak boleh berasa takut dengan mainan-mainan dari syaitan dan menjelaskan mimpi tersebut berlaku mungkin kerana kesan psikologi kerana terlalu memikirkan tentang kisah kematian selebriti Thailand itu.

Ohmymedia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button