Nasi lemak pun kalah! Bubur ayam Indonesia terpilih antara makanan terbaik Asia Tenggara

Satu ‘poll’ yang dibuat oleh laman editorial berasaskan makanan iaitu Taste Atlas di Facebook telah mendapati bahawa penduduk Asia Tenggara amat menggemari Bubur Ayam dari Indonesia, Lumpiang dan Tortang Talong dari Filipina seabgai makanan terbaik dari segi rasa dan keenakannya.

Mengutip mata sebanyak 4.7 dan berada di kedudukan ketiga terbaik makanan enak di Asia Tenggara, nampaknya ia telah berjaya menewaskan ‘the legend’ Nasi Lemak yang hanya berada di kedudukan ‘OK’ dengan markah 3.9.

Turut bersama-sama nasi lemak dalam kategori tersebut adalah Chilli Crab dari Singapura dan Banh Xeo dari Vietnam.



Perkongsian hasil tinjauan itu ternyata telah membuatkan rakyat Malaysia terutamanya tidak puas hati dan menganggap pihak Taste Atlas belum merasakan keenakan nasi lemak yang sebenar.

Malah, ada juga komen daripada netizen yang menetap di luar negara yang mendakwa keliru tentang cara proses undian itu dibuat sedangkan nasi lemak adalah hidangan yang terbaik dan sangat sedap untuk dinikmati.

Komen Facebook

Malah, kata warga maya hidangan Pad Thai dari Thailand tidak wajar diletakkan di tempat kedua terbaik Asia Tenggara.
Beautifulnara




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading