‘UMNO beri dukungan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri’ – Zahid Hamidi



KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu memberi dukungan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Perdana Menteri harus menjaga kerajaan dengan baik, manakala beliau dan kepemimpinan UMNO lain akan terus memperkuatkan parti.

“Kini wakil kita menjadi teraju kerajaan…Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Datuk Seri Ismail jagalah kerajaan elok-elok, kita memberi dukungan kepada Perdana Menteri kita.

“Insya-Allah, Insya-Allah saya dan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan rakan-rakan lain, kita akan jaga parti. Kami akan perkuatkan parti, Perdana Menteri perkuatkan kerajaan, kita harus seiring jalan, kerajaan dan parti harus seiring jalan,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker