UMNO bukan parti picisan – Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan perwakilan UMNO parti itu bukan parti picisan untuk diperkotak-katikkan sesuka hati.
Zahid turut menyatakan UMNO bukanlah sebuah parti yang boleh dibeli dengan mudah.
“kita (UMNO) tidak boleh diugut dengan tekan butang sana, tekan butang sini”
Hari ini perwakilan akan membahaskan usul yang telah dipersetujui Bahagian UMNO dan perbahasan dijangkakan akan panas.