Resepi Bakso sedap style
Resepi bakso sedap style saya –
Bahan –
Suhoon@ bihun
Bebola daging(ikut suka byk mana)
Bebola ayam
Bahan kuah –
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 sudu lada putih*
Semua bhn bertanda* di tumbuk hingga lumat guna lesung batu.
Rempah tumis(tiga sekawan)
1sup bunjut
1 pek rempah sup
2 kiub daging knorr
Air secukup nya
Cara-
Sediakan periuk
Tuang sedikit minyak anggaran 3 sudu
Tumis bhn yg telah ditumbuk berserta rempah tumis 3 sekawan.masukkan rempah sup yg telah di bancuh dgn sedikit air..biar garing skit,masukkan air anggaran 2 jug.
Masukkan kiub daging,sup bunjut dan biarkan kuah merenih sebentar sebelum masukkan bebola daging atau bebola ayam.
Bila kuah dh terbit minyak,masukkan kan bebola dan biarkan mendidih sup nya.rasa kan garam.tambah jika perlu
Bahan utk cili
Cili api merah+cili merah besar(kisar)
Masak sekejap atas dapur.
Kicap pekat ABC
Sos cili
Bhn sampingan
Kobis dihiris halus
Daun sup/bawang
Bawang goreng