Ridhuan Tee kesal aksi babak panas dilakukan pelakon beragama Islam

Masih belum reda berhubung isu babak panas yang dilakonkan Zul Ariffin dan pelakon baharu, Siti Hariesa apabila penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee turut tampil memberikan pandangannya berkenaan perkara tersebut.

Penceramah itu meluahkan rasa kesal dan geli melihat babak yang dikatakan separuh lucah itu serta tidak menyangka pelakon beragama Islam sanggup melakonkan aksi jijik sedemikian.

“Kenapa pelakon kita gatal sangat? Macam tak pernah masuk TV dan macam tak pernah berlakon. Takkan selaku orang Melayu tak tahu cara budaya hidup sendiri… kalau bukan orang Islam yang buat, saya tak hairan sangat.

“Saya naik geli dan nak muntah apabila melihat adegan panas pelakon tanah air beragama Islam yang sanggup melakonkan babak berkenaan, seolah-olah kita ini pelakon barat.



“Jika kamu ada anak, isteri atau suami, kamu tak rasa malu ke mereka tengok suatu hari nanti? Di mana adab budaya sebagai seorang Islam yang penuh dengan kelembutan Melayu?

“Elok mereka ini hantar CV (resume) ke Korea atau Amerika Syarikat untuk menjadi pelakon di sana supaya lebih international,” katanya memetik mStar.

Nama Zul hangat diperkatakan sejak Jumaat lalu selepas dia memuat naik video babak daring lakonannya bersama Hariesa menerusi drama Perempuan Itu yang dijangka ditayangkan pada Ramadan ini.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin sudah pun tampil membuat permohonan maaf terbuka di Instagramnya semalam di mana dia akan lebih berhati-hati dan teliti untuk memuat naik sebarang bahan promosi naskhah lakonannya di media sosial selepas ini. – my-tv online.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button