Terbuka kritik Zul, peminat gali semula babak panas pernah dilakonkan Awie
Susulan kenyataan Datuk Awie berhubung isu panas melibatkan Zul Ariffin, netizen tidak menunggu lama untuk menggali semula aksi-aksi panas yang pernah dilakonkan vokalis kumpulan Wings itu sebelum ini.
Rata-rata netizen mengatakan Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman sepatutnya tidak memberikan sebarang pandangan mengenai perkara tersebut memandangkan dia juga pernah melakonkan babak sebegitu sebelum ini.
Antara babak yang digali netizen ialah menerusi filem Dollah Superstar yang mana memaparkan adegan Neelofa yang memakai gaun pendek duduk di ribaan Awie.
Antara komen-komen daripada netizen yang dipetik menerusi sebuah forum hiburan:
“Bukan ke heols (Awie) pun ada banyak scene peluk-peluk dulu.
“Ala dia (Awie) pun dulu lupa ke backhug lagi dengan Erra,” tulis netizen.
Terdahulu, Awie menerusi laporan Harian Metro mengatakan tindakan Zul melakonkan babak panas bersama pelakon baharu Siti Hariesa seperti menconteng arang kepada industri hiburan tanah air.
“Itu dia (Zul Ariffin) gatal sebenarnya. Benda boleh ditolak, tapi dia memilih sedap. Dia terimalah benda itu (hukuman),” katanya.