Wanita kejar pencuri diseret 100 meter

Oleh – Syeikh Baran


Wanita kejar pencuri diseret 100 meter
Indah diseret sehingga 100 meter ketika mengejar pencuri. – Instagram

Seorang wanita di Bekasi, wilayah Jawa Barat diseret sejauh 100 meter ketika cuba mengejar pencuri yang melarikan sebuah motosikal, lapor laman berita Detik semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai  Indah Agustiani, merupakan pekerja di sebuah sekolah memandu. Ketika kejadian, dia  dikatakan cuba mendapatkan semula motosikal milik pelanggannya, Murniasih.



“Murniasih ketika itu mahu belajar memandu kereta bersama guru sekolah memandu berkenaan  iaitu Indah.

“Mangsa kemudian melihat seorang pencuri melarikan motosikal Murniasih, menyebabkan dia mengejar suspek sambil menjerit ‘pencuri’.

“Sambil berlari, Indah memegang bahagian belakang motosikal, menyebabkan dia akhirnya terseret,” kata Ketua Polis Cikarang Barat, Komisioner Polis Gurnald Patiran.

Dalam  kejadian itu, Indah mengalami kecederaan di beberapa  bahagian badannya dan dirawat di pusat perubatan setempat.



Tambah Gurnald, polis telah mengenal pasti identiti suspek dan akan memberikan kemas kini selanjutnya. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading