Ustaz noda pelajar tahfiz didakwa esok

Oleh – Syeikh Baran


Ustaz noda pelajar tahfiz didakwa esok
Gambar Hiasan

Seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di Machang dekat sini dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok atas lima pertuduhan meliwat lima pelajar lelakinya.

Lelaki berusia 39 tahun itu akan menghadapi tiga pertuduhan bagi kes Machang dan dua kes Bachok.



Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kosmo! kelmarin melaporkan, perbuatan jijik seorang ustaz dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki sejak dua tahun lalu terbongkar selepas dia ditahan polis baru-baru ini.

Suspek yang merupakan tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz di Machang dicekup pada 16 April lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kejadian liwat melibatkan tiga pelajar tahfiz berusia 12 hingga 13 tahun.



Menurutnya, laporan itu dibuat kira-kira pukul 12.56 tengah malam pada 15 April lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading