Gaya artis Hollywood di karpet merah Anugerah Oscars 2022
Foto: Getty Images
Anugerah Oscars 2022 baharu sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi.
Walaupun nama-nama pemenang sedikit ditenggelami insiden Will Smith menampar pelawak Chris Rock, busana serta fesyen yang digayakan para selebriti Hollywood ini tetap ditagih peminat mereka.
Antara busana yang mencuri tumpuan adalah seperti Zendaya yang menggayakan persalinan mewah daripada jenama Valentino.
Selain itu, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscars tahun ini, Jessica Chastain turut kelihatan menawan memperagakan gaun ungu lembut daripada Gucci serta Mila Kunis manis dalam rekaan gaun Zuhair Murad.
Di sini kami kongsikan gaya-gaya menarik Anugerah Oscars 2022!
Foto: Getty Images
Foto: Shutterstock
Foto: Getty Images