Anwar Ibrahim tergugat dengan kemunculan Rafizi?

Kemuculan semula Rafizi Ramli ke arus perdana politik Malaysia dikatakan mulai menggugat kedudukan Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat-PKR.

Walau dikatakan Rafizi akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Mungkin juga Rafizi akan mencabar jawatan Anwar.



 

Anwar sudah pasti serik dengan perlakuan bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang pernah berjanji ‘bulan dan bintang’ ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR satu masa dahulu.

 

Beliau mempersoalkan niat sebenar kemunculan Rafizi Ramli yang agak rakus menyerang menerusi gerakan ‘Ayuh Malaysia’ yang hanya bermodalkan ‘Formula Gagal’ yang pernah dikemukakan sebelum ini.



ANWAR IBRAHIM SUDAH HILANG ‘TARING’ REFORMASI

Anwar Ibrahim menunjukkan prestasi buruk di PRN Melaka dan PRN Johor seperti sudah kehilangan taring kini mula tidak dihormati ahli parti sendiri.

Keadaan sambutan terhadap ceramah Anwar tidak seperti ‘Zaman Reformasi’, apatah lagi selepas beliau kehilangan Azmin Ali yang bertindak ‘melompat’ menyertai PPBM.

Anwar perlu mengenalpasti individu yang mampu membantu beliau mencapai impiannya yang tergendala sejak 1998 dan sekali lagi musnah ditangan orang yang sama pada 2020.

Walaupun ketika itu Pakatan Harapan berkuasa, Anwar bukan individu yang penting buat Tun Mahathir.



Mahathir berjaya ‘mengula-gulakan’ Anwar dengan janji melantik beliau menggantikan tempatnya di Putrajaya menerusi peralihan kuasa seperti dipersetujui.

RAFIZI KEMBALI MENJADI SEBUTAN, ‘TROJAN HORSE’ UNTUK SIAPA SEBENARNYA?

 

Rafizi tidak membuat kesilapan apabila memilih jalan singkat untuk kembali popular. Walau teruk dikecam netizen serta pengkritik politik, Rafizi telah berjaya menaikkan kembali popularitinya. Ini antara yang menjadi kegentaran Anwar Ibrahim.



Dalam sekejapan Rafizi berjaya meraih perhatian sedangkan beliau selama ditinggalkan Rafizi dan Azmin hanya mampu merasai sisa-sisa populariti selepas Mahathir. Mungkinkah Rafizi ‘trojan horse’ yang sengaja dibangkitkan untuk memusnahkan PKR dari dalam oleh individu tertentu?

Dalam pemilihan PKR akan datang, Anwar perlu bertindak menghalang sebarang kemungkinan berlaku ‘ribut besar’. Ini termasuk jawatan Presiden PKR yang sedang dipertimbangkan untuk ditandingi seseorang. 

Mampukah Anwar Ibrahim bertahan dalam prestasinya merudum dan suara-suara ‘baru’ mahukan perubahan dilakukan bermula dari jawatan Presiden PKR.

Semua formula Rafizi GAGAL



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button