Enam terbunuh di Nigeria, lori tangki petrol meletup

24/12/2020 05:33 PM

ABUJA, 24 Dis — Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila sebuah lori tangki petrol meletup di barat Nigeria, menurut media tempatan pada Rabu, lapor Agensi Berita Anadolu.

Letupan yang tidak diketahui puncanya itu berlaku ketika petrol dipindahkan dari lori tangki di sebuah stesen minyak di lebuh raya Gaika-Jebba di Kwara.



Banyak kecederaan dilaporkan, manakala 30 buah kediaman hangus terbakar.

Pihak berkuasa menjangkakan jumlah kematian akan meningkat.

Jurucakap pasukan bomba negeri, Hakeem Adekunle, mengesahkan kejadian itu tetapi tidak memberikan maklumat mengenai korban.

Beliau mengatakan pasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading