Rusia sambung penerbangan dengan 52 negara ‘mesra’

See the source image

Moscow: Rusia akan menamatkan sekatan penerbangan dengan 52 negara ‘mesra’ dengannya dan ia sebahagian rancangan untuk mengurangkan tindakan yang diambil sebelum ini untuk memperlahankan penularan Covid-19, kata Perdana Menteri Mikhail Mishustin, pada Isnin.

Mishustin berkata, Rusia merancang menyambung semula penerbangan dengan Argentina, Afrika Selatan dan lain-lain negara yang ‘mesra’ dengannya.

Ini sekali gus bermakna negara berkenaan tidak menyertai gelombang terbaharu sekatan Barat ke atas Moscow susulan pencerobohan ke atas Ukraine.



Rusia mengenakan sekatan perjalanan pada permulaan wabak Covid-19 pada Mac 2020, kebanyakannya masih berkuat kuasa.

Tetapi kini secara beransur-ansur sudah meluaskan senarai negara yang dianggap selamat untuk perjalanan udara.

Negara lain dalam pelan penyambungan semula sektor penerbangan Rusia selepas 9 April adalah termasuk Algeria, China, Lubnan, Peru dan Pakistan, kata pasukan petugas koronavirus, Rusia.

Mishustin juga berkata, Rusia akan menarik balik sekatan ke atas perjalanan merentasi sempadan darat antara Rusia dan China.



Rusia sudah menutup ruang udaranya kepada syarikat penerbangan dari 36 negara, termasuk kesemua 27 anggota Kesatuan Eropah (EU), sebagai tindak balas kepada sekatan berkaitan Ukraine yang menyasarkan sektor penerbangannya.

Langkah punitif yang dikenakan oleh kuasa Barat memaksa firma Barat menamatkan kontrak pajakan dengan syarikat penerbangan Rusia untuk lebih 500 pesawat.

Sekatan itu juga menghalang syarikat penerbangan Rusia daripada membeli bahagian pesawat atau perkhidmatan penyelenggaraan dari Eropah atau Amerika Syarikat (AS).

Ia menambah tekanan ke atas pasaran penerbangan ke-11 terbesar dunia itu dengan larangan menggunakan ruang udara Amerika Utara dan Eropah.



METRO

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button