Harga ayam di ibu kota naik hingga 60 sen

Kuala Lumpur: Peniaga ayam mentah di sekitar ibu kota terpaksa menaikkan harga bekalan itu sehingga RM0.60 sekilogram susulan bahan mentah itu berkurangan serta ditawarkan pada harga terlalu tinggi.

Tinjauan di pasar basah sekitar Jalan Raja Alang dan Datuk Keramat di sini mendapati harga ayam di sekitar bandar raya ini terus dijual pada harga antara RM9 sehingga RM9.50 sekilogram (kg), melebihi harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM8.90 kg.

Peniaga yang ditemui juga mengaku tertekan dan kecewa dengan situasi itu kerana tidak lagi mendapat untung serta balik modal, sebaliknya hanya bertahan memastikan perniagaan tidak ditutup.



Peniaga Ayam, Ahmad Fadzil Zahari, 36 berkata, pelbagai faktor menyebabkan berlaku kenaikan harga ayam antaranya menerima harga ayam tinggi dari pembekal.

“Kita menjangkakan bakal berlaku kenaikan ketik musim perayaan nanti jika harga dari pembekal tidak dikawal,”katanya.

Sementara itu, peniaga bazar ramadan, Mohd Sufi Ramli, 29 berkata, kenaikan harga bahan mentah menyebabkan dia terpaksa menaikkan harga barang jualan.

“Memang berlaku sedikit kenaikan pada harga jualan, kalau tidak macam mana nak untung, mana ada peniaga yanv meniaga untuk rugi.



“Saya berharap ada campur tangan dari pihak. penguatkuasa dan dapat melakukan siasatan secara telus agar pemborong tidak terus memanipulasi harga setiap kali musim perayaan,”katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button