Muhyiddin ‘Poster Boy’ pembangkang PRU15

Peranan ‘poster boy’ memainkan peranan penting dalam pilihanraya. Pengundi akan menilai kemampuan ‘poster boy’ sebagai faktor untuk mereka memilih siapa selayaknya mendapat undi. 

Dalam blok pembangkang, masih belum ada wajah yang cukup kuat untuk ditampilkan sebagai ‘poster boy’. Bagaimanapun dikatakan pembangkang akan mendapat seorang ‘poster boy’ yang diyakini untuk mewakili blok pembangkang pada PRU15.



Presiden PPBM merangkap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan lebih popular apabila dikatakan akan menjadi ‘poster boy’ mewakili pembangkang.

REKOD CEMERLANG ‘ABAH’ TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN

Ini berdasarkan rekod beliau yang cemerlang memimpin PN dalam 2 PRN. Beliau juga dijadikan antara faktor ‘penyatuan kembali’ PPBM bersama gandingan lama dalam Pakatan Harapan yang membolehkannya mewakili blok pembangkang kelak.

Populariti ‘Abah’ yang semakin diterima rakyat serta kredibiliti menggepalai gerombolan yang menjadi ‘mimpi ngeri’ buat BN juga dikatakan antara sebab beliau dipilih sebagai ‘poster boy’.

Malah kekuatan PN apabila digabungkan dengan PH boleh menggugat kemaraan BN seperti yang berlaku pada PRU14. Dengan kehadiran kembali Rafizi Ramli dalam PKR untuk menguatkan bahagian serangan, gabungan PN+PH dijangka boleh mendapat 2/3 kerusi parlimen.



Dalam 2 PRN, Melaka dan Johor, Muhyiddin diangkat sebagai simbol perpaduan semua parti pembangkang apabila mendominasi perang poster hampir keseluruhan Melaka dan Johor.

Potensi untuk Muhyiddin menjadi ikon kebangkitan semula blok pembangkang tidak boleh dinafikan. Selama 17 bulan sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin kekal dikenali sebagai ‘Abah’ dikalangan rakyat. 

Jasa Muhyiddin kepada negara juga tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak. Lihat sahaja Perintah Kawalan Pergerakan bermula PKP1 diikuti PKR2 dan diteruskan dengan PKP 3.0 nampak seperti menuju kegagalan.

MUHYIDDIN AKAN MENJEJAKI REKOD MAHATHIR, JADI PM KALI KE-2?

Walau tarikh sebenar PRU15 masih belum diketahui, heboh diperkatakan Muhyiddin akan kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ke-2 menjejaki rekod Mahathir. 



Beliau dikatakan ‘trojan horse’ Mahathir selepas perletakan jawatan Mahathir sebagai PM sekaligus membawa kejatuhan PH. Ini untuk memudahkan percaturan Mahathir mengecilkan penguasaan PH terhadap keyakinan rakyat.

Bagi memastikan perancangan rapi tidak tergugat dan tidak dikesan, Mahathir mengambil risiko untuk keluar dari PPBM dan menubuhkan sebuah parti baru-PEJUANG.

Ini akan menjadi parti alternatif sekiranya PPBM ‘hancur’ dalam arena politik perdana. Sekurangnya penyokong PPBM masih ada tempat berpaut sekiranya sesuatu berlaku kepada PPBM.

Perlu diingatkan, walau PPBM mendapat sokongan dari bekas PKR, mereka ini tidak boleh lagi dipercayai kerana telah menunjukkan ‘belang’ apabila sanggup meninggalkan parti demi jawatan dalam kerajaan.



Pembangkang akhirnya akan setuju angkat Muhyiddin?

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button