Wanita dicabul lelaki bermata juling

Putrajaya: Seorang wanita dicabul lelaki tidak dikenali di pakir sebuah bangunan di Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada kejadian 2 petang itu, mangsa seorang pembantu peribadi berusia 27 tahun menaiki lif dari tingkat tiga ke tingkat satu.

Ketika itu, ada tiga individu di dalam lif berkenaan.



Menurutnya, apabila tiba di tingkat satu, mangsa terus ke tempat letak kereta untuk menyimpan barang di dalam kenderaannya.

Katanya, secara tiba-tiba, seorang lelaki menghampiri wanita berkenaan dan mahu membantu dengan mengambil troli yang dibawa mangsa.

“Mangsa menolak permintaan itu dan suspek tetap mengambil barangan mangsa dan membantu memasukkannya ke dalam kenderaan,” katanya.

Wan Kamarul berkata, secara tiba tiba lelaki itu mencabul mangsa sebelum melarikan diri.



Menurutnya, mangsa menyatakan lelaki itu berpakaian serba hitam, menyandang beg silang warna hitam dan memakai pelitup muka yang tidak pasti warnanya,

Selain itu, suspek dipercayai berkulit gelap.

Katanya, mangsa melihat lelaki itu bermata juling dan menyatakan tidak mengenali suspek serta mendakwa mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini.

“Perbuatan mangsa turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pakir itu.



“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button