MR DIY beri diskaun lebih 30 peratus

 

MR DIY melancarkan kempen MR DIY Raya Serba Baharu yang menawarkan lebih 200 barangan keperluan hari raya di cawangan terpilih seluruh negara.

Bermula 1 April hingga 8 Mei nanti, pelanggan berpeluang mendapatkan pelbagai barangan kediaman termasuk lampu hiasan, pelita LED, alas meja, pasu hiasan, sejadah dan pelbagai jenis pinggan hidangan dengan diskaun lebih 30 peratus.



Malah, pelanggan boleh mendapatkan langsir hanya pada RM21.90 dan alas kaki hanya RM16.90.

Ketua Pemasaran MR DIY, Alex Goh berkata, tempoh dua tahun sebelum ini adalah masa yang sukar untuk semua rakyat Malaysia.

“Mereka yang berpuasa tidak dapat mengunjungi bazar Ramadan, berbuka puasa beramai-ramai atau menghadiri rumah terbuka.

“Berikutan itu, MR DIY mahu pelanggan menikmati Aidilfitri kali ini dengan lebih meriah dengan menghias kediaman masing-masing bagi meraikan tetamu,” katanya dalam kenyataan.



Katanya, pihaknya menyenaraikan pelbagai barangan pada harga rendah, bagi meringankan beban pelanggan.

Sebagai tambahan kepada kempen ini, pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR akan menerima sampul duit raya percuma.

METRO

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button