Gaya hidup mewah McGregor akan memakan diri

LAS VEGAS: Mike Tyson memberi amaran kepada bintang UFC Conor McGregor yang gaya hidup mewahnya akan menjadikan sukar buatnya untuk kekal bersedia.

Legenda tinju, Tyson berkata pertarungan yang mencecah nilai sehingga AS$40 juta (RM169.2 juta) akan menjadikan hidupnya sukar sehingga dia malas untuk ‘bangun dari katil’.

“Sukar untuk sentiasa bersedia dengan gaya hidup mewah begitu. Pernahkah anda mempunyai pertarungan AS$40 juta? Jika ada baru bercakap dengan saya.



“Apabila anda mempunyai pertarungan sebegitu, dan seminggu kemudian anda mendapat bayarannya, kemudian mereka kata anda kena bersiap dalam tempoh enam minggu. Sukar untuk bangun dari katil,” kata Tyson.

McGregor berehat sejak Julai selepas kakinya patah ketika tewas kepada Dustin Poirier di UFC 264.

Bintang UFC Georges St-Pierre turut melaungkan amaran serupa kepada McGregor, 33, berkenaan kecenderungannya terhadap kemewahan.

“Conor McGregor, sahamnya kini semakin menjunam. Dia bermula dengan nilai begitu tinggi, daripada segi status dan ranking, bukan duit atau promosi. Tetapi kini ia semakin merosot.



“Ada kemungkinan dia akan bangkit tetapi saya rasa keadaan tidak menyebelahinya. Dia perlu menukar gaya hidupnya,” kata St-Pierre.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button