Cari jalan rangsang permintaan pembeli rumah

Cari jalan rangsang permintaan pembeli rumah

Cari jalan rangsang permintaan pembeli rumah
PASUKAN khas KPKT akan selesaikan isu projek perumahan swasta lewat, sakit dan terbengkalai adalah penting untuk memulihkan pasaran hartanah.

PASUKAN khas di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyelesaikan isu projek perumahan swasta lewat, sakit dan terbengkalai adalah penting untuk memulihkan pasaran hartanah, kata Presiden Persatuan Pengguna Hartanah Malaysia (MAPC) Datuk Sr Rosli Atan.

Menurutnya, inisiatif itu akan dapat membantu dari segi penawaran.

Bagaimanapun, katanya, terdapat satu lagi isu berbangkit iaitu dari sudut permintaan kerana projek terbengkalai terbabit terjadi disebabkan pemaju mengalami masalah kewangan serta kekurangan permintaan daripada pembeli atas pelbagai sebab.



“Oleh demikian, pihak kerajaan juga harus merangsang permintaan daripada bakal pembeli melalui insentif yang diberikan sebelum ini di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) atau lain-lain.

“Kajian pasaran dan strategi pemasaran yang profesional juga harus dijalankan oleh perunding hartanah bebas dalam memulihkan projek terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?




“Jika ini diabaikan, walaupun ia (pasaran hartanah) berjaya dipulihkan, kekurangan permintaan daripada pembeli akan membawa projek (bermasalah) ini kembali ke ambang masalah kewangan,” katanya dalam kenyataan susulan pembentangan Belanjawan 2024, baru-baru ini.

Menurutnya, ketidaklayakan untuk mendapat pembiayaan perumahan daripada pihak bank juga menjadi salah satu sebab yang mengekang permintaan pembeli.

Sehubungan itu, beliau berkata, MAPC turut mencadangkan kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM), mencari penyelesaian berhubung isu ini yang menghalang keupayaan orang ramai untuk memiliki rumah.

Katanya, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) hanyalah satu permulaan, tetapi ia memerlukan penambahbaikan yang lebih meluas.



“MAPC turut mengalu-alukan inisiatif dalam Belanjawan 2024 untuk menurunkan had persetujuan penduduk bagi penjualan en bloc skim hartanah berstrata yang akan membantu merangsang pembangunan semula dan penjanaan semula kawasan bandar.

“Bagaimanapun, MAPC menggesa kerajaan supaya tidak mengabaikan kepentingan pemilik dan penghuni harta minoriti serta melindungi hak mereka di bawah inisiatif ini,” katanya.

Cari jalan rangsang permintaan pembeli rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading