Menjelang Mei, konspirator 1MDB masih ‘bersuka-ria’

 

Menjelang Mei, masih belum kedengaran tindakan menyerbu, menyita atau menangkap konspirator sebenar 1MDB berlaku walau pendedahan demi pendedahan dihidangkan.



Pihak PDRM hanya mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan namun sehingga hari ini individu yang didedahkan Tommy Thomas masih bebas.

Malah individu yang dikaitkan dengan Tim Liessner juga dikatakan bersedia memulangkan semula apa yang didakwa sebagai milik 1MDB.

 



Bagaimanapun pihak berkuasa telah menyatakan kes masih disiasat pihak mereka dan meminta tiada sebarang spekulasi dilakukan.

RAJA PETRA DAKWA DAIM SEBAGAI ‘TANGAN GHAIB’ KONSPIRASI 1MDB

Nama-nama yang disebut dalam Mahkamah US masih lagi bebas dan watak utama 1MDB, Jho Low sehingga hari ini tidak dapat dibawa pulang.

Hamid Bador-Jho Low jadi Beruang



 

Pelbagai helah digunakan bagi mengelakkan Jho Low dari dibawa pulang untuk dihadapkan ke Mahkamah.

Adakah konspirator takut akan terbongkar segalanya jika Jho Low dapat diheret ke Mahkamah?

 



Pendedahan bekas Peguam Negara mengaitkan Zeti Akhtar Aziz dan keluarga amat mengejutkan namun sehingga kini hanya tinggal atas kertas siasatan.

Tommy sendiri sebagai individu yang mempunyai maklumat berkaitan terus bebas tanpa sekatan.



Rakyat menanti hasil siasatan bertahun yang dilakukan terhadap individu terlibat dan mereka melihat semua itu berlalu tahun demi tahun tanpa sebarang tindakan tegas diambil.

Sampai bila konspirator mahu disorokkan dan membeli masa untuk mencari dalih memanjangkan masa membolehkan naratif baru timbul untuk menyembunyikan fakta sebenar penglibatan ‘tangan ghaib’?

Maklumat dihujung jari, rakyat bukan lagi ‘bodoh’ untuk mencari kebenaran serta menimbangkan antara fakta dan fiksyen.

Isu Zeti dan 1MDB, Mahathir tercekik buah ‘khuldi’



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button