Ulangtahun Reformasi, kekejaman Mahathir dikenang

 

Oleh – Bakhtiar Omar



Saban tahun tarikh 14 April menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim apabila bercakap mengenai reformasi.

Anwar telah ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana gerakan beliau menentang Dr Mahathir yang disifatkan berlaku kejam terhadap dirinya.

 



 

Ketika itu Azmin Ali masih setia bersama perjuangan Anwar melawan arus selepas beliau dipecat Mahathir atas alasan kesalahan moral.

Anwar menulis mengenai bagaimana beliau mengenali sikap serta nilai persahabatan dalam mempertahankan prinsip.

Bagi Anwar, tarikh tersebut merupakan tarikh bermulanya zaman kegelapan perjuangan beliau dalam politik.



 

Bagaimanapun apabila Pakatan Harapan ditubuhkan, lain pula kisahnya dalam prinsip Anwar Ibrahim apabila bercakap mengenai Mahathir.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14, penyokong PKR diberikan gambaran Anwar akan diangkat sebagai PM selepas tarikh peralihan kuasa antara Mahathir-Anwar matang.



 

Anwar pula yang sudah terbuai dan menyifatkan apa yang berlaku antara beliau dan Mahathir pada 1998 hayalah ‘luka kecil’ dan mahu semua penyokong PKR berlapang dada.

Panas yang disangka sampai ke petang rupanya tidak kesampaian apabila Mahathir mengambil keputusan meletakkan jawatan sekaligus berjaya membantutkan usaha serta impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.



DEMI KUASA, ANWAR SIFATKAN PERBUATAN MAHATHIR HANYA ‘LUKA KECIL’

 

Dua musuh bertaut demi kuasa kembali berseteru selepas itu. Walau permusuhan mereka tidak dipotretkan ketika itu, gelora memang telah wujud dan hanya menanti masa.

Semalam keihatan masa menyampaikan gelodak telah kelihatan. Anwar kembali membangkitkan peristiwa 23 tahun lepas sekaligus cuba memberi gambaran reformasi tidak pernah mati baginya.



Mungkin ini ada kena-mengena dengan pemilihan PKR yang akan datang untuk memastikan mereka yang bakal mengisi jawatan tinggi PKR membawa semangat reformasi serta setia kepada parti.

REVOLUSI AKAN GAGAL, REFORMASI KEKAL PRINSIP PARTI

Revolusi yang cuba dibawa masuk sebagai prinsip baru dalam PKR tidak mungkin dapat direalisasikan selagi Anwar masih Presiden.

Secara logiknya mengapa tiba-tiba Anwar mengenang kembali kisah ‘mata lebam’? Ini strategi politik Anwar yang ampuh dan seringkali dilupakan oleh mereka yang cuba memadamkan pengaruh Anwar dalam PKR itu sendiri.

 

 

Anwar akan berjaya membentuk satu pasukan untuk terus membawa obor reformasi selepas pemilihan PKR selesai dan beliau akan berjaya menyingkirkan ‘musuh-musuh’ dari PKR itu sendiri.

Mereka yang bertanding dan tidak melalui zaman ‘gemilang’ PKR, tidak pernah merasai rotan FRU dan menhidu asap pemedih mata kini memilih untuk cuba menjadi ‘hero’ untuk PKR akan berdepan dengan masalah besar jika tidak bersama Anwar.

Tanyalah Saifuddin Nasution Ismail yang masih kekal setia dengan Anwar Ibrahim walau Azmin telah ‘tiada’.

Rafizi Ramli bukan pilihan Anwar Ibrahim

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button