MoU tidak disambung, mengapa 2 puak ‘meroyan’ teruk

 

Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan nampaknya begitu teruk meroyan apabila mendapat tahu MKT Umno enggan menyambung MoU.



Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat keputusan untuk tidak menyambung Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan selepas 31 Julai 2022.

Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO pada 14 April menyebabkan Muhyiddin Yassin dan Anthony Loke gelabah teruk.

Ternyata ‘nyawa politik’ PH dan PN bergantung sepenuhnya kepada MoU tersebut. 



Muhyiddin dalam satu kenyataan meminta Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri memberi penjelasan mengenai keputusan tersebut.

Anthony Loke selaku Setiausaha Agung DAP pula meminta perbincangan rasmi dilakukan segera.

Muhyiddin sebenarnya lupa Ismail Sabri merupakan Naib Presiden UMNO dan keputusan yang diambil MKT Umno adalah secara konsensus. Beliau mengikut keputusan parti dan berpegang kepada suara parti.

MUHYIDDIN PERNAH UGUT MAHU TEKAN BUTANG DAN JATUHKAN KERAJAAN



 

Masih terngiang nada sombong Muhyiddin yang mengugut untuk ‘menekan butang’ semasa berkempen di Melaka. Dengan angkuh Muhyiddin menggambarkan kerajaan bergantung sepenuhnya kepada PN dan mereka berhak menentukan apa juga keputusan.

Begitu juga ketika kempen di PRN Johor. Keangkuhan Muhyiddin yang ketara tidak disenangi ramai rakyat sehingga isyarat jelas diberikan rakyat Johor kepada PN dan PH. 

PH pula yang masih bercelaru seringkali menggunakan MoU untuk menunjukkan mereka juga mempunyai kuasa terhadap keputusan kerajaan. Dalam undian pindaan Sosma, ternyata PH bersikap ‘besar kepala’ dan menyambut baik kekalahan kerajaan dalam undian tersebut.



Kini apabila UMNO mula menujukkan ‘lenggok politik’ baru kedua-dua PN dan PH menyedari mereka tersalah langkah ‘bermusuh’ dengan UMNO.

Secara tidak langsung PN dan PH menyedari kekuatan UMNO tidak boleh dipandang rendah dan pengaruh UMNO, BN terlalu kuat untuk mereka tandingi.

RAKYAT PERLUKAN KERAJAAN STABIL DAN KUKUH

Baik PH atau PN mereka selama ini bukanlah kerajaan yang stabil dan kukuh. Negara luar memandang rendah kepada Malaysia sejak PH mengambil alih diikuti PN. Pelabur tidak yakin dengan kestabilan politikk serta dasar kerajaan yang bergantung kepada sokongan parti lain dan boleh runtuh bila-bila masa.



Ini semua tidak pernah berlaku sepanjang 6 dekad pemerintahan BN selepas merdeka. Kestabilan yang cukup menyakinkan semua pihak serta pelabur luar telah membawa tahap ekonomi Malaysia ke satu tahap tinggi.

BUBAR PARLIMEN JALAN TERBAIK UNTUK RAKYAT

Untuk mendapatkan kembali semua itu, mandat baru sangat diperlukan dan pembubaran parlimen merupakan jalan terbaik.

Oleh demikian tiada sebab MoU perlu dipanjangkan lagi selepas 31 Julai 2022. Rakyat sudah boleh bersedia untuk memberi mandat kepada sebuah kerajaan yang lebih stabil dan berkhidmat untuk mereka.

Menjelang Mei, konspirator 1MDB masih ‘bersuka-ria’



 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button