Rafizi dijangka kalah teruk di tangan Saifuddin

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat-PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangkakan akan menang besar dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR.

Lawannya, Rafizi Ramli bekas ahli parlimen Pandan dijangka akan kalah teruk berikutan isyarat-isyarat tertentu kepimpinan yang telah ditafsirkan perwakilan.



Ditambah dengan keengganan Nurul Izzah bertanding sebarang jawatan, revolusi yang cuba dibawa Rafizi bakal dibenamkan dengan semangat reformasi.

 

 



Apabila Presiden PKR, Awar Ibrahim mula menulis mengenai reformasi dalam mengenang tarikh 14 April, perwakilan sudah diberi bayang-bayang siapa yang sepatutnya berada disisi Presiden.

Ketika PKR mahu bangkit kembali selepas ‘dimalukan’ apabila 9 wakil mereka berpaling tadah, Saifuddin memilih untuk terus bersama parti. Ketika itu dimanakah suara Rafizi Ramli? 

Kemunculan Rafizi dengan menghala serangan terhadap Najib Razak juga tidak disenangi perwakilan. PKR sudah ‘menderita’ dengan kekalahan teruk dalam 2 PRN, Rafizi pula memilih menyerang ‘de facto’ BN.



Ini hanya menambah kebencian rakyat terhadap PKR. Rafizi mungkin tidak terasa memandangkan beliau langsung tidak terlibat dalam PRN dan hanya bersenang-lenang tanpa perlu mengeluarkan setitik peluh berkempen.

Bagi yang terlibat secara langsung atau tidak dengan kempen, perit untuk menerima kekalahan yang begitu memalukan.

Ternyata Rafizi Ramli tidak membawa semangat reformasi yang diaspirasikan Anwar sebagai obor perjuangan parti. 



 

Gandingan Rafizi, Izzah bawa Revolusi ganti Reformasi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button