Anwar Ibrahim satu-satunya calon Pakatan Harapan

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim Calon PM Dari Pakatan Harapan

Selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO, membuat keputusan Ismail Sabri sebagai calon PM dari BN, PH pula melakukan perkara yang sama.

“Tiada perubahan terhadap keputusan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dari PH”.



“Kami membuat keputusan lama dahulu. Itu keputusan tetap”.

“Selagi tiada keputusan baru, maka keputusan itu masih kekal,” jelas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Namun persoalan yang timbul ialah apakah pencalonan semula Anwar sebagai PM dari PH kerana faktor ketandusan calon dari PH.

PH hanya mempunyai 3 parti gabungan di dalamnya, PKR, DAP dan PAN.



DAP sedar, adalah tidak mungkin wakil dari DAP dan PAN boleh menjadi calon PM sekiranya PH menang dalam PRU 15.

Jadi satu-satunya yang ada ialah calon dari PKR, Anwar Ibrahim.

Namun bagaimana dengan ketegangan 3 penjuru antara PKR, DAP dan PAN yang masih melanda PH.

PAN masih lagi terkilan apabila 3 mantan ADUN di Johor melompat ke PKR sebelum PRN Johor.



Dan PKR pula masih lagi tidak boleh menerima PKR dipaksa memberikan beberapa kerusi kepada MUDA dalam PRN Johor.

Walaubagaimana pun, kita ucapkan ‘good luck’ kepada PH kerana mengitar semula Anwar Ibrahim sebagai calon PM dari PH.

edisisiasat.online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button