Operasi gerai mee tonggek dihentikan

Putrajaya: Gerai mi viral di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3, di sini, dihentikan operasi selepas didapati tidak menjaga kebersihan makanan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (KWP) ,Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, notis pemberhentian operasi itu dikeluarkan Perbadanan Putrajaya (PPj), manakala Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya turut mengeluarkan notis amaran kebersihan.

Selain itu, katanya, 15 pengusaha gerai lain di bazar berkenaan dikenakan notis amaran kebersihan premis kerana tidak menjaga kebersihan makanan.



“Setakat ini hanya satu notis pemberhentian operasi dikeluarkan di Putrajaya dan bagi Kuala Lumpur dan Labuan masih tidak menerima sebarang laporan.

“Bagi Kuala Lumpur dan Labuan kementerian hanya menerima aduan berkenaan kesesakan lalu lintas di kawasan bazar, namun perkara itu sudah diselesaikan.

“KWP melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa mengadakan pemantauan di bazar Ramadan dan mengingatkan peniaga untuk menjaga tahap kualiti makanan demi keselamatan dan kesihatan pelanggan,” katanya ketika mengadakan tinjauan ke bazar Ramadan Presint 3 di sini semalam. .

Turut hadir, Naib Presiden Kanan PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud.



Jalaluddin berkata, PPj turut menyediakan satu kaunter khas bagi memudahkan pelanggan membuat sebarang aduan berkenaan peniaga selain menyalurkannya secara dalam talian.

Menurutnya, PPj akan terus bekerjasama dengan PKD Putrajaya bagi memastikan pematuhan kriteria keselamatan di kawasan penyediaan dan penyajian makanan di samping amalan pengendalian makanan yang sihat.

Katanya, KWP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pengusaha bazar Ramadan sekiranya didapati bersalah melanggar syarat lesen tidak menjaga kebersihan di kawasan perniagaan.

“KWP turut mewajibkan vaksin anti-tifiod kepada setiap pengendali gerai dan tindakan serta merta termasuk menghentikan operasi perniagaan akan dikeluarkan oleh PBT berkenaan sekiranya gagal mematuhi peraturan.



“Sebagai usaha menangani pandemik Covid-19 PPj turut mengadakan sanitasi di tapak bazar Ramadan yang dijalankan tiga kali seminggu bagi menjamin keselamatan pengunjung,” katanya.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading