Penonton Bakal Emo Habis-Habisan Ramadan Ini?
Kalau ditanya drama tempatan apa yang paling best ditonton? Mestilah 7 Hari Mencintaiku jadi pilihan! Dari musim pertama lagi dah viral di media sosial. Setiap plot memang best. Kalau korang follow dari episod 1, mesti korang tak nak miss untuk tonton episod seterusnya.
Banyak isu yang dikupas dan dipaparkan dalam drama 7 Hari Mencintaiku ni. Antara isu yang cukup sensasi adalah isu rumah tangga antara Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia (Siti Saleha). Dalam setiap musim ada je ujian yang menimpa mereka.
ay! Setelah sekian lama, drama 7 Hari Mencintaiku kembali untuk musim ketiga pada tahun 2022. Dah lama kot penonton setia menunggu. Drama arahan Jamal Khan ni masih lagi mengekalkan barisan pelakon utama yang sama seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Guys, tak cukup dengan itu, drama karya nukilan Siti Rosmizah ni turut menampilkan beberapa watak baru seperti Kak Piah, Che Putih, Taufik, Maimunah dan lain-lain. Confirm menyengat beb.
Drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni ditayangkan pada bulan Ramadan. So, nak tonton drama ni kena la banyak bersabar ya guys. Kalau tak sabar, memang mental korang koyak nanti. LOL!
Dengar cerita, scene dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 lebih menyayat hati berbanding musim-musim sebelumnya. Nak tahu betul ke tak, korang kena tengok kat bawah ni.
Khuzairi terlibat dalam kemalangan jalan raya
Perkahwinan Khuzairi dan Mia Adriana kembali diuji apabila Khuzairi mengalami kemalangan. Macam tak percaya weh! Sama ada accident dia teruk atau tak, haruslah kena tengok nanti! Macam tak percaya, kan? Tapi tu la kenyataan yang korang kena terima apabila tonton drama 7 Hari Mencintaiku 3 nanti.
Disebabkan oleh kemalangan ini, sikap Khuzairi berubah menjadi panas baran. Confirm korang tengok nanti pun jadi geram. Sebabnya, Khuzairi rasa dia dah ‘tak perfect’ untuk jadi seorang bapa dan suami untuk Mia dan anak-anak mereka. Aduh!
Kami dapat tahu ada lagi satu plot best dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang buat ramai tertanya-tanya selepas tengok teaser drama ni. Get ready semua!
Pak Samad jatuh sakit dan dia tinggalkan pesanan terakhir?
Kami tahu watak Pak Samad ni memang favourite ramai. Dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3, Pak Samad sebenarnya sedang sakit dan terpaksa jalani pembedahan tapi dirahsiakan daripada keluarganya. Kesiannya Pak Samad…
Pak Samad kemudian meninggalkan sepucuk surat kepada keluarganya meminta mereka mencari erti cinta sejati dalam masa 7 hari. Adakah ini pesanan terakhir Pak Samad? Kacau bilau jiwa dibuatnya!