JDT, Kawasaki Frontale sama handal

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila terikat 0-0 dengan juara Jepun, Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan JDT mengumpul tujuh mata dan berpeluang cerah untuk memburu slot ke pusingan kedua dengan syarat perlu menang atau seri apabila menentang kelab sama yang berada di kedudukan kedua selepas mengumpul lima mata pada aksi kedua, Ahad ini.

Pada perlawanan itu, penjaga gol JDT, Farizal Marlias yang terlepas beraksi dalam dua perlawanan lalu akibat kecederaan kembali mengemudi gawang gol manakala pengendali skuad Harimau Selatan , Benjamin Mora masih mempertaruhkan kelibat Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri bagi menggempur benteng kelab dari Jepun itu.



Berstatus juara Liga 1 Jepun (J1 League) pada musim lalu, Kawasaki Frontale yang di bimbing Toru Oniki hampir mencipta jaringan pada minit kesembila berpunca daripada kesilapan Shahrul Saad yang gaga mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan Leandro Damiao Santos pantas untuk merembat tapi Farizal bersedia menyelamatkan bola.

Serangan mengejut anak didik Oniki hampir menghasilkan jaringan pada minit ke-26 namun bola rembatan deras Daiya Tono yang menerima bola umpanan darpada Marcio Barbosa sekadar melepasi palang gol.

JDT turut memberi ancaman terhadap benteng kelab dari Jepun itu pada minit le-39 apabila tonggak pertahanan, Shahrul Saad memberanikan diri untuk merembat bola dari jarak 35 meter memaksa penjaga gol

Jung Sung-ryong merebahkan badan menepis bola dan kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga tamat babak pertama.



Bersambung babak kedua, pergerakkan JDT tampak masih terbatas untuk merencana gerakan berbahaya apabila Arif Aiman Hanapi yang kerap melakukan larian pantas di posisi sayap kanan sering dikawal ketat oleh dua pemain Kawasaki Frontale.

Kawaaski Frontale hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-53 selepas bola sepakan sudut Tono berjaya ditanduk Kazuya Yamamura tapi sekadar sipi di sudut sebelah kanan gawang ketika Farizal sudah tertewas.

JDT nyaris dibolosi pada minit ke-73 selepas bola rembatan leret Asahi Sasaki dari jarak 25 meter hampir memerangkap Farizal tapi tiang gol kiri menjadi penyelamat daripada dibolosi manakala pemain gantian Safawi Rasid gagal melakukan penyudah tepat ketika aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan.

Sementara itu dalam satu lagi aksi kumpulan sama, Ulsan Hyundai melakar kemenangan pertama selepas menewaskan Guangzhou FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, petang tadi



Skuad kendalian Hong Myung-bo membuka tirai jaringan pada babak pertama menerusi Mark Koszta pada minit ke-28 manakala pada babak kedua Park Chu-young meledak gol pada minit ke-57 disusuli jaringan Yun Il-lok untuk memastikan kemenangan buat kelab dari Korea Selatan itu.

Keputusan:

Ulsan Hyundai 3-0 Guangzhou FC

Kawasaki Frontale 0-0 JDT



BHOnline

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading