Khairy Jamaluddin sedia dipanggil lagi PAC

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersedia dipanggil semula Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu MySejahtera.

Khairy menegaskan beliau sudah memberi keterangan yang jelas sewaktu kali pertama dipanggil PAC berhubung isu Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di Parlimen pada 14 April lalu.

Beliau turut memaklumkan setakat ini PAC juga belum menghubunginya bagi meminta memberi keterangan sekali lagi.



“Belum lagi (dipanggil PAC) … saya juga tidak pasti apa yang dimaksudkan (Pengerusi PAC), saya jelas dengan keterangan saya (sebelum ini).

“Kalau dia (PAC) nak panggil saya semula, panggillah ,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad.

Semalam Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata kerajaan ‘kelihatan seperti keliru’ siapakah yang melantik KPISoft Sdn Bhd sebagai vendor aplikasi MySejahtera berikutan tiada kontrak formal antara syarikat itu dengan kerajaan.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading